Cinta Buat Emilda

Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza.Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung.Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.


No comments:

Post a Comment