ABPBH 25

Siapakah bakal merangkul trofi 12 kategori Bintang Paling Popular pada edisi ke 25 ini? Bersama Raja Azura, Zizan Razak, Didie Alias dan Sharifah Shahira.











Vanila Coklat

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. 

Raja Lawak 6

Raja Lawak adalah rancangan untuk mencari bakat-bakat komedi yang baru di negara ini. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap.




BFF

Mengisahkan dua teman rapat, Iskandar dan Shahidah yang membesar bersama dan saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai impian mereka.










Atas Nama Cinta

Ahmad menggunakan wang lagi untuk berjudi, malangnya dia kalah.












Annissa

Keputusan Sara mengejutkan Anna, Balkis dan Shila. Sara memberitahu dia mahu pulang ke kampung untuk menemani ibunya. Apakah Sara mempunyai agenda lain?