Super Lawak FC

Mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.










Sumpah Bunian

Kehidupan Hawa diwaktu kecil, dimana Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.


Stanza Cinta

Mengisahkan Amni, seorang gadis miskin yang bergantung harap kepada wang bantuan PTPTN.












Senario Misteri Bamboo!!

Berhibur dan bergelak ketawa dengan kumpulan komedi Senario.












Nora Elena

Merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Kasih Alia

Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar (lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia (lakonan Fida). Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah di dalam drama ini diisi dengan babak sedih, lucu dan penuh kasih sayang. Fida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu.


Gemersik Kalbu

Sufian amat kecewa apabila mendapat tahu Tasha curang di belakangnya. Makcik Zarina dan Pakcik Aziz hanya mampu terdiam melihat kekecewaan Sufian.











Dingin Lavenda

Jannah dan Murni tidak selesa dengan sikap Nana yang suka menunjuk barang-barang mahal yang dimilikinya. Namun mereka tertarik dengan pewangi Nana iaitu pewangi Lavenda.










Cucu Betong

Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti. Cast: Ezany Nazarif sebagai Zaman, Fizz Fairuz sebagai Jagat,Sheila Ruslysebagai Malika, Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong), Farisha Irwayu sebagai Malissa, Maya Matahari sebagai Naya, Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi, Emilda Rosmila sebagai Katrina/Catriana, Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana, Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie, Amir Raja Lawak.

Akulah Bos

Kisah komedi ini berkisar di sekitar Shila, seorang graduan, gadis mewah segala-galanya, bebas bergaul, pemboros dan hanya kenal kesenangan, tiba-tiba terpaksa mengharungi kehidupan berbeza.