You Saka Pergi Jauh Jauh

Nia, seorang setiausaha percaya bahawa dia mempunyai penjaga keturunan yang merupakan seorang puteri dari dunia halus bernama Puteri Jarum Permata.

Tahajjud Cinta

Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Ramadan Terakhir

Mengisahkan tentang Hashim, seorang usahawan berjaya dan hidup mewah berubah apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser kronik.











Nenek Kebaya

‘Nenek Kebaya’ bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaancucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahuioleh Raja Negara Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun bertunangdengan cucu angkat Mak Inang , Intan Sari yang kemudiannya memusuhiPuteri Sinar Cahaya kerana dianggap perampas kekasihnya. Dendam mula membara apabila Sultan menjatuhkan hukuman mati kepadaIndera Laksamana kerana bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria.



Mimi Mencari Cinta

Mimi, 25 tahun (Scha Alyahya), seorang gadis menawan dan bekerja di sebuah pasaraya harus mencari pasangan hidupnya secepat mungkin, sementara itu tuan punya ‘hypermarket’ menghantar dua anaknya untuk bekerja di cawangan itu.

Khurafat

Mengisahkan Mastuta (watak lakonan Nora Danish) dan Johan (Zahiril Adzim) yang mengikat perjanjian sehidup semati dgn melakukan satu ritual menjamu darah mereka pada sebuah busut dgn tujuan menutup pintu hati masing masing agar tak jatuh cinta kepada orang lain. Fuhhlamak!! sampai camtu sekali ye nak hidup semati Johan dgn Mastura ni. Malangya Johan tak sempat lak nak melamar si Mastura nih sebab Mastura kemalangan dan koma.





Jejaka J

Jejaka ‘J’ Mengisahkan tentang dua orang adik-beradik yang jatuh cinta dengan gadis sekampung. Saksikan Johan dan Tauke Raja Lawak dalam kisah menarik ini.

Bahulu Balu Budin

Perniagaan bahulu Bedah yang diberi nama 'Bahulu Balu Budin' berkembang setelah kematian suaminya, Budin yang sesak nafas akibat banyak makan bahulu. Kehidupannya menjadi semakin rumit.